![]() |
Koko Barli 5 dalam 1 |
KOKO BARLI 5 DALAM 1 kami diperbuat daripada biji koko berkualiti tinggi yang kaya dengan khasiat, vitamin, serat, protein dan mineral yang amat diperlukan oleh badan untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda terutama kepada kanak-kanak.
KOKO mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki peredaran darah, mengimbangi kandungan kolestrol untuk menghalang sakit jantung dan mengurangkan risiko diabetes dan melambatkan penuaan.
BIJIRAN BARLI yang diadun bersama sangat kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolestrol.
SERAT BARLI efektif dalam merendahkan kolestrol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat. Barli mengurangkan risiko sembelit, kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu melancarkan penghadaman.
EKSTRAK MALTA mempunyai pelbagai nilai khasiat tinggi seperti kalsium, vitamin A,B1,B2,C,D, asid folik, zat besi dan serat. Serat malta membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut menyebabkan kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk jangka masa lebih lama.
GULA PERANG dalam koko barli ini merupakan gula perang yang berkualiti tinggi, kurang kalori dan tinggi kandungan mineral seperti phosphorus, potassium dan magnesium yang penting dalam pembentukan tulang.
KRIMER BUKAN TENUSU yang digunakan dalam koko barli ini diekstrak daripada sumber berasaskan tumbuh-tumbuhan dan kurang lemat amat sesuai untuk digunakan sebagai minuman harian.